Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Abang ku Posmen. Eh, bukan abang saya posmen sebab saya bukannya ada abang pon. Eh, tetiba malam ni nak guna saya apahal? Eh, biarlah. Bersopan sikit. Bahasa Jiwa Bangsa. Tak gitu awak-awak semua? Hahah... Pelik tak dengan tajuk di atas? Dalam kepala pikir apa? Mesti pikir yang aku ni bercinta dengan posmen kann? Haha. Sungguh jahat ya otak kamu semua. Mari sini saya basuh guna clorox kasi bersih. haha.
Abang Posmen~ Mana Surat Cinta Saya? haha. Surat Cinta? Siapalah yang baik sangat nak bagi surat cinta kat aku niyh? Haha. Cuba teka sikit. Siapa lagi kalau bukan TERATAK SAMSMEL. haha? Nak tunggu korang bagi? Tunggu Safwan bagi? Tunggu Syafiq Iskandar bagi? Jangan haraplahkan. Mesti dalam hotak yang dah di basuh guna clorox tu tertanya-tanya siapakah die TERATAK SAMSMEL? Kenapa nama tu bukan macam nama manusia je. Kenapa pulak die nak bagi surat cinta?
TERATAK SAMSMEL tu bukannya manusia. Itu adalah nama asrama aku yang pada mulanya aku benci dan sekarang aku sayang sangat. Betul kata orang yang benci boleh bertukar menjadi sayang. TERATAK SAMSMEL nak bagi surat cinta kat aku pon. Sukatilah kan. Sebenarnya aku tengah tunggu berita gembira dari asrama. Surat yang akan abang posmen bagi kat aku adalah surat yang bakal memasukkan aku ke dalam asrama pada tahun 2013. Eh, aku comfirm masuk ke? Haduihh! Aku nak masuk sangat. Orang kata kalau kita berharap sangat nanti tak dapat. Tapi aku nii... Dah ebrharap sangat-sangat dah ni.. huhu~ aku nakk~
So, kepada awak-awak semua tolonglah doakan kejayaan saya untuk mendapatkan katil yang terletak di dalam Dorm D ataupon Dorm mana-mana sekalipun. Ha! jangan lupakan doakan untuk kawan baik saya iaitu Nisa Nazifa Binti Juhanuddin juga tau. hhi. Okay. Good Girl~
Alisya dengan Hazirah dengan Anis dengan Nurin dah dapat tau~ Okay betapa jellynya saya. Yang paling cuaknya kann... Baca eyh.. Nurin duduk semenyih, Hazirah duk Bandar Rinching, Aku duk Bandar Tasik Kesuma dan Anis duk Beranang. Berdasarkan kedudukan itu anda fahamkan yang mestilah posmen akan menghantar surat itu ke rumah Nurin dahulu dan kemudian ke rumah Hazirah dan kemudian ke rumah Saya san kemudian barulah ke rumah Anis. Tapi yang peliknya Posmen itu tidak sama sekali menyinggah dulu ke rumah saya tapi terus straight to the point ke rumah Anis. Oh My God!
Dalam kepala aku ni asyik fikir je. Adakah aku ni salah tulis alamat rumah sampai posmen yang bertugas memastikan alamat yanga ku tulis itu adalah salah dan tidak wujud maka dengan itu mereka terus mencampakannya ke dalam tong sampah DBKL. Teruklah macam nii~
Dan dalam kepala aku ni asyik fikir jugak adakah golongan budak-budak yang dapat surat lambat ni tidak dapat menempah katil di TERATAK SAMSMEL. Oh My God! Huaa~ nangis aku macam nii~ Next year dahlah PMR. janganlah buat macam ni Cikgu peja. Kasihanilah saya wahai cikgu.
Dahlah result teruk gila babeng~ Tahun lepas aku ada dua A pon tak dapat nak cop katil kat asrama tu. Tahun ni aku takdapat satu A malah aku mungkin pelajar yang mendapat banyak D dengan 5D. Cikguu.. kesianlah kat saya cikgu.. Nanti bulan 11 tahun 2013 saya keluarlah cikgu. Ye cikgu. Boleh ye cikgu.
Esok pagi aku akan pastikan aku akan dok tercegat duduk kat tepi peti surat tu menunggu surat. Lantaklah Syakir jiran sebelah rumah aku, Amirul jiran depan rumah aku, Syafiq jiran penjuru aku nak cakap ape pon. Aku dah tak kisah semua tu dah. Jiran aku semua lelaki kan? Awesome betul.Seriously baris rumah aku tu semua anak-anak diorang kecik-kecik lagi dan kalau ada yang besar pon semua lelaki. Nasibb~
Tadi aku tanya Fatin tanya die dah dapat ke belum surat tu sebab Posmen tu akan masuk kawasan rumah Fatin dulu baru kawasan rumah aku. Kalau die dah dapat aku tak dapat lagi memang aku kasi banjirlah rumah aku ni kan..
See that? aku tahu sebab korang bukannya buta pon kan. haha..
Pesanan Maut kepada Abang Posmen:~
Saya Nur Mawaddah Binti Mohd Nor Azmi Dan Nor Mazlida akan menunggu awak di depan peti surat rumah saya tak kira apa jua keadaan mahupun Ribut, Panas, Hujan Petir. Saya akan menuggu dan mengharap yang awak akan memberikan saya berita yang gembira dan bukannya menyedihkan. Kalau tidak saya akan memastikan yang awak akan dibunuh pada waktu itu juga. Harap maaf ye.. Sekian terima kasih. Saya memberikan pesanan ini dengan kasih sayang saya yang mungkin tidak pernah saya berikan kepada abang posmen. Bubye. Hantar surat leklok tau~
Arghhhh~ aku rasa macam nak selongkar je pejabat pos tu cari surat aku. Tapi penatlah aku nak cari satu-satu. Mesti berjuta surat dalam tu. Aku nak selongkar pejabat asrama cari nama aku ade ke tidak. Kalau takde aku akan letak sendiri nama aku kat situ okay.