Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Assalamualaikum... Sekarang hari tengah hujan kat luar tu. Dengan guruh dan kilatnya. Memang menakutkan. Dahlah aku tak suka bila hujan ni. Seriously, aku dengan adik aku yang miza tu akan tutup telinga bila hujan. Kalau time tengah happy tengok tv kat bawah kan pastu ada bunyi guruh tak lama pastu hujan. Umi dah tutup tv dah. Cabut semua plug untuk keselamatan. Aku dengan Miza gi naik atas masuk bilik, landing atas katil, tarik batal lagi satu tutup telinga. Takpun amik ear phone. Pastu tidor ar. Hujankan kebiasaannya orang tidor. Aku tak tahu kenapa aku macam tu. Takut dengan hujan yang ada guruh + kilat. Kalau setakat hujan renyai-renyai dengan guruh yang lembut tu ok lagi. Ni guruh yang macam nak runtuhkkan bumbung rumah aku ni je. Ishh...
Ok! kita pergi ke story yang kedua. Pasal apa? result PAT! Kau tahu tak aku berharap sangat result aku time niyh okeh sikit sebab aku belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun hakikatnya orang nampak aku macam main-main. Ok fine! korang memang xD! Kau tahu tak de satu pon A. Sivik pon B. hampeh r!
Time aku cuba untuk berjaya, Allah gagalkan aku. Time aku main-main, Allah berjayakan aku. Sampaikan aku ada terpikir yang aku tak payah belajarlah. Sebab kalau aku main-main aku berjaya. Ya Allah. Terukkan aku. Nasib fikiran positif aku masih ok. Kalau tak memang aku ikut rentak fikiran negatif akutulah kan. Takpe, aku tahu setiap kejadian ada hikmahnya. Result aku 4D 2B 2C. Kau tengok!
Markah terbaik aku science 76. ok! syukur sangat dengan markah ni. Sebab memang aku target yang aku nak dapat B untuk ni. Yelah selalunya aku dapat C, D atau pernah sekali since naik sekolah menengah ni markah science aku 67. Itu sebab waktu form 1. Form 2? 76 yang paling baik. Syukur. Walaupon aku kehilangan 4 markah untuk dapat A cukup makan. Stress!
Math aku pulak. Nak tahu berapa markah aku? jangan gelojoh. Nanti dulu. Markah ni memang teruk tapi ianya menaik. Time form 1 math aku untuk UP1 57, PPT 73, UP2 73, PAT 50. Nampak tak? cuma dua gred yang aku baut main di situ. C, B, B, dan last sekali C. untuk form 2 pulak. UP1 73, PPT 30, UP2 x ingat tapi D, PAT 59. Untuk kali ni pulak aku bermain dengan 4 gred pulak. B, E, D, C. Kau nampak tak markah aku yang paling teruk di situ adalah 30. It's okay. PAT aku dah naik jadi 59. Aku nak 73 tu balik cikgu!!!!! 59 tu lagi satu markah aku dah dapat 60. Sekurang-kurangnya dapat gak aku B cukup makan.
Argh!! rasa macam nak gigit je laptop ni.
Kau nampak peta tu? Peta tu membawa maksud yang aku nak berbicara tentang Geografi pulak. Sejarahnya aku belajar geografi ni start form 1. UP1 68, PPT 67, UP2 60, PAT 53. Form 2 pulak UP1 68, PPT 57, UP2 x ingat tapi C, PAT 47. Nampak tak permainan yang aku reka di situ. waktu form markah makin menurun. Time form 2 pun menurun lagi. dan akhirnya dapatlah D!!! AArghhhh!!!
English pulak. Sejak form 1 grednya C aje. Tak naik B dan tak turun D. tapi makin lama makin menurun walaupon ia turun secara perlahan. Time form 2 pun aku berjaya kekalkan gred C tu sampailah PAT ni. Aku dapat D! Arghhh! nak terjun laut aku macam ni.
Bahasa melayu hebat! Bahasa melayu aku pulak hanya hebat di mulut. Di kertas aku cuma mampu untuk dapat A time UP1 dengan markah 83. Time form 1 B je memanjang. Tapi time PPT down dengan mendadak. Dapat D. Berjaya dinaikkan dengan gred C pada UP2 tetapi berjaya terjun semula mendapat D untuk PAT ni. tengoklah ayat yang korang baca ni pon dah tunggang terbalik. Memanglahh tak dapat A~
Dari dulu sampailah sekarang aku mampu mengekalkan gred D untuk KHB. Aku memang tak minat KHB.
Lastly, sejarah. Permainan gred aku dengan sejarah ni C atau D. Memang padanlah kalau aku dapat D kali ni.
Anyway. Aku memang berharap yang markah aku tinggi. Takdelah aku pikir sampai dapat A. At least aku terpikir yang mungkin satu D je ada dalam result aku ni. Ini dah sampai 4D. kau pernah? Aku akan cerita pasal ni sampai generasi yang ketujuh nanti. Haha. Apapon aku tak pernah berharap yang aku akan naik kelas. Sebab memang sudah tertulis sejak azali yang aku tak suka perpindahan kelas. Sebab mungkin aku dah terbiasa dengan budak-budak tabligh dan rasa janggal apabila aku perlu berkenalan dengan budak baru di kelas Amanah. Dengan budak lelaki pelik diorang tu. Budak lelaki kelas aku walaupon teruk tapi aku diorang tetap The Best!
Cuma aku berharap sangat yang aku dapat Asrama. Itu je aku nak. Kelas naik aku tak nak. Asrama je aku nak. Sebab tahun depan aku PMR. Aku dah bertekad yang aku nak belajar. Dalam kelas tak nak tidor. Nanti aku nak suruh mak aku belikan susu keluaran terbaru jenama Ducth Lady kowt yang untuk otak tu. Alaa, yang bagitau kita otak cuma mampu bertahan dalam beberapa minit je. Itu sebabnya kowt kitaorang selalu tidor dalam kelas. Haha. Susu budak kecik pon keciklah. Asalkan aku cergas dan tak ngantuk dan terutama sekali tak berangan. Kadang-kadang tu mata kau ke arah cikgu tapi fikiran aku melayang ke Paris. Woah! tepuk tangan sikit~
Oklah! itu je yang aku nak story molly dengan korang malam ni. Aku nak belajar buat blogskins. Semangat aku belajar? Kalaulah semangat aku ni sama macam semangat aku belajar kat sekolah kan best!!