Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Assalamualaikum dan selamat Pagi! Hari ni nak story yang aku penat sangat. Sangat-sangat penat. Sebab apa? Sebab tadi aku gi angkut sepuluh ekor lembu dengan sepasang tangan yang Allah dah bagi niyh. Hebadd tak aku? Hoho~ perasan je lebih.
Sebenarnya aku penat bercuti tu je. Bukannya nak pergi jauh-jauh pun. Just ulang alik dari rumah ke Jenderam Hilir tempat Usu tu ha! Dari hari Isnin sampailah hari ni dah hari Sabtu. Hari Khamis haritu ada BBQ kat rumah Usu. Semua adik-beradik umi yang enam orang tu datang. Pak Long dan seisi keluarga. Pak Ngah dan dua orang anak gadisnya sahaja. Lagi dua orang anaknya tak ikut. Mak Ngah pulak kerja shift malam. Pak Uda dan Mak Uda dan anaknya memang dah tersedia ada kat rumah Usulah sebab diorang ni dari Sabah. Sampai sini hari Sabtu minggu lepas. Cik Nor dan seisi keluarganya juga yang baru datang dari johor hari isnin haritu. Hari ni dia balik. Umi merangkap mak aku dan seisi keluarga aku. Usu dan Pak Usu dua orang sahaja. Masih tiada rezekinya lagi. Embah pun ada sekali. Embah Lanang jumpa ALLAH. Semua sekali ada 26 orang sahaja.
Start sebelum maghrib lagi. Start bakar. Bakar apa? Bakar koranglah! Umi yang ditugaskan untuk membeli ayam cuma beli drumstick degan wings je. Oklah tu! banyak jugaklah umi beli. Maghrib berjemaah. Habis doa solat maghrib aku lari gi luar sebab aku malas nak baca yasin. Malasnya lah aku ni~ Aku dengan baik hatinya tolonglah orang yang kat luar tu membakar. Aku, cik Moy, Usu dengan Kak Ngah. Macam-macam gaya aku bakar ayam-ayam tu. Ikan pun ada sekali.
Cuba kau bayangkan waktu aku tengah letak ayam atas bende alah tu, tiba-tiba api tu melambung tinggi. Nasib baik aku cepat elak. Kalau tak mahu takde tangan aku jawab PMR nanty. Alhamdulillah selamat. Gambar ada tapi kat Kak Long punya camera. Die x upload lagi. Esok dia nak balik Penang dah. Belajar kat Matrics. Perkara yang sama terjadi Kak Ngah. Dia lagilah nak jawab paper akaun selasa ni. Alhamdulillah. Pastu Usu sambut anniversary die pulak. Potong kek, suap sana sini. Huh~ Sedap kek die.
Memang banyak jugaklah aku makan malam tu. Ayam 3 ekor aku makan. Ikan cencaru bakar yang besar tu.. ada kecikke? x kisahlah yang pasti aku habiskan sorang ikan tu. Mak ayah aku makan kongsi. Sweet tak? Udang lima ekor. Sosej sepuluh aku amik. Dadih 5 aku amik. Kek 2 kali aku amik. Itu yang besar aku potong. Tebal punya. Yang sepupu2 aku semua aku potongkan kecik-kecik. FUHH~ Banyak jugak aku makan.
Tadi pun pergi lagi kat sana. Pastu gi umah Pak Long sekali. Waktu tengah leka teongok tv tu Mak Long tegur.
"Makin berisi kau ek Mawaddah?"
aku sengih je. Tak tau nak cakap ape. Kak Long yang jawabkan.
"Umi tengoklah dia makan banyak mana semalam. Kalah Kak Long. Haha."
gelak sakan nampak woi~ Nasib baiklah Mak Long tu baik sikit.
"Dia makan banyak pun tak macam kau. Kau makan sekali banyak badan terus naik. Badan dia ni naik sikit-sikit jer."
fuhh~ naik sikit2 jer. Tak sangka. haha. Esok nak jalan lagi ni. Gi mana? Airport nak hantar Pak Uda balik Sabah. Cik Nor balik Johor. Penat dowh~
Oh, Pak Uda ada bagi kain ela untuk buat baju kadet polis. Aduuh~ baju aku dah ada dah. Tapi umi kata umi nak buat jugak buatlah. Buat kasi yang fit sikit. Kawad tahun depan. Tahun depan kalau aku dapat baju yang sekolah nak sponsor tu aku kasi orang lainlah. Pak Uda pun ada bagi dua barray dengan butangnya banyak-banyak. Sape takde mintak aku. okeyh! haha.
Oklah! setakat ni saja aku sudahi post aku. Aku nak gi sambung baca novel. Aku nak dapat emas nanti. Tunggu ek! Emas aku datang!! « Older Newer »