Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Assalamualaikum.. Hallo! dah hampir 4 hari kan tak menghupdate blog comel plis plus awesome ni kan? Kau jelly aku tak kesah ok! hoho... ok! cer korang usha gambar di bawah ni.. dan.. nak tanya ada kaitan tak antara kedua-dua ni? tak ade? memang nak kena sumbat dengan 10 biji tembikailah korang..
Ok! meh sini aku citer.. sape nak tahu cer makin dekat dengan laptop atau komputer korang atau macam2 lagilah.. dekat lagi sampai tak nampak bentuk laptop tu ha! bagus! haha.. nak tahu tak apa kaitan antara kedua-duanya tu? nak? ok jom! Ceritanya bermula begini.. #citer cam gempak giler je kan??#
Kau tahu tak ape bendenye tu? Itulah lencana sekolah aku.. sebenarnya aku nak cari bangunan sekolah tadi tapi tak jumpa pulak malsa nak search makin dalam.. Amiklah yang ni je.. Ok ape.. Ini lencan sekolah aku.. lencana sekolah kebanggaan aku. #banggalah sangat# Nama sekolah ni Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. Panjang tak? Aku tak kisah pon panjang ke tak sebab aku mampu menyebutnya dengan lancar sekali..
Meh, aku citer sejarahnya macam mana aku boleh masuk dalam sekolah ni..
Aku masuk sini time aku form 1.. First masuk sini macam tak de perasaan je.. Yelah sebab tak tahu sekolahnya macam mana kan? So, buat tak tahu jelah.. Dahlah time tu kena masuk asrama pulak.. Tapi kan time tu baru darjah 6, so kepala ni macam wayar tu tak dapat nak berfungsi dengan baik lagilah... So, xde perasaan kemaslah barang tu.. Umi tolong sekali..
Dah masuk tu, ada itulah inilah macam-macamlah.. jumpa kaan ramai.. waktu form 1 selalu tukar-tukar kawan.. Sekejap dengan dielah.. inilah.. itulah.. tak tahulah sebab ape tukar-tukar ni.. sebab bukan aku sorang je.. ramailah.. mungkin baru masuk testing-testing kowt... haha.. bukan yang ni akunak citer sebenarnya. takpelah biar aku citer sampai habis.. Dah nak akhir tahun jumpalah kawan.. yang dikatakan kawan baik.. kawan jahat pon boleh.. kawan rapatlah senang.. baik takdelah baik sangatkan?? Aku rapatlah dengan Alisya, Nisa, Aisyah. kawanlah.. dan habis sekolah..
Sepanjang cuti sekolah yang hampir dua bulan tu macam biasa.. Rindu sikitlah dengan diorang dan kawan-kawan yang lain.. Tapi tahu tak? perasaan tahun ni lain giler.. Memang lain.. waktu form 1 dulu takdelah rindu sangat macam ni kat dorang.. awal-awal cuti ni takde ingat diorang.. ingat plan nak gi bercuti je..Sumpah! Tapi tahun ni.. memang miss giler kat diorang.. bukan setakat yang rapat yang tak rapat sekali aku ingat.. Ya Allah, kenapa macam ni?? Aku rasa macam baru dua minggu cuti tapi rasa macam dah sebulan cuti.. Nak jumpa diorang..
Ya Allah, aku nak jumpa diorang.. aku nak bergelak tawa dengan diorang.. aku nak bergaduh dengan diorang. Nak nangis sama-sama dengan diorang.. Nak dengar story morry diorang.. Nak main-main dengan diorang. Nak belajar dengan diorang.. kau panjangkanlah persahabatan kami agar sampai ke akhirnya..
Awak, aminkanlah doa tu..
Awak, yang rapat dengan saya tu.. Awak ingat tak tiap2 malam minggu kita pergi KOOP sama-sama? Kita akan beli aiskrim banyak-banyak. Itu pasti.. Pastu kita beli lagi gula-gula.. Jajan ke?? kan?? Tak pon air tin?? Kita mesti lama-lama sikit dalam KOOP tu.. kacau akak yang jaga tulah.. koranglah.. aku tak.. haha.. Dah puas dalam KOOP tu kita lari-lari macam budak-budak umur 4 tahun pergi depan bilik kebajikan tu.. Padahal umur dah 14 tahun sebenarnya . hoho.. Kita duduk depan bangku depan bilik kebajikan tu sambil kita berborak-borak.. bangku tak muat kita duduk bawah atas jalan tar tu. tengah-tengah tu ada longkang.. kesian kau longkang.. Kat situlah kita borak-borak, bergelak tawa, bercerita masalah kita.. Yang paling teruk kita mengusha.. Astaghfirullahalazim.. haha.. rasa-rasa dah pukul 11 tu kita singgah dorm B nak ajak yang lain kononnya gi makan Mee Hailam ataupon mihun sup kat DM.. tengok2 tidor.. kejut taknak bangun pulak.. adoyai.. pergi jelah.. Kat sana amik je.. Kadang korang berdua (alisya dan nisa) x nak makan pastu bagi aku.. Aku yang habiskan.. berjamlah krang tunggu kat DM tu.. tapi kadang-kadang diorang tak bagi pon.. makan sendirilah.. dahhabis tu kita berlari-lari balik dorm.. sampai kat bilik dobi korang tutup pintu dobi tu tak bagi aku masuk.. terketuk-ketuk dan terjerit-jeritlah aku kat luar tu dengan cahaya yang hilang entah ke mana... Ya Allah, aku rindu giler saat ni.. sebak tak? aku dah sebak ni..
Awak, ada lagi ni.. ingat tak time kita buli Syukriah dulu? Masyaallah jahatnya kita.. lagipon kita bukannya buli teruk sangat pon.. cuma kita ganggu mental die je.. hoho..
Ingat lagi tak? pasal buku pink? kita berebut sangat buku pink tu.. Aku tak nak bagi korang baca.. korang nak jugak.. main kejar-kejarlah kita waktu tu.. nasib dorang paham kita ni masih budak-budak.
Dan lagi.. ingat tak waktu kita jadi urus setia waktu hari keusahawanan tu? OMG! sijil kita tak dapat lagilah.. hoho.. next year kita mintak..
Dan lagi.. ingat tak kita pakat tipu parents kita pasal kita masuk kadet polis? Jahat betul kita nieyh.. Kita berlatih kawad sama-sama. Kita berpanas sama-sama. Pastu habis je kita mesti suruh orang belikan ice blended kat luar.. pastu lepak kat pondok jup nak habiskan tak nak bagi orang nampak. haha.. kedekut betul :D
Ingat tak time last kita kat asrama? kita tolong cikgu Wardati kat bilik mesyuarat. Kita habiskan malam terakhir kita kat dalam bilik mesyuarat tu. Best! Kita berulang-alik dari bilik mesyuarat tu ke DM baru.. denganpayungnya dengan bakulnya macam orang nak jual kuih tu.. haha.. lawak betull kita menyorok di balik pintu sebab malu nak masuk DM dengan cikgu-cikgu depan pintu.. haha.. kita cuba bukak pintu yan kat belakang tu tak berjaya sebab dah ditahan oleh kerusi.. bagus betullah.. Waktu tu Syukriah ada sekali.. Kita lari dan mengumpat jap kat pondok lelaki tu. dah habs kita cepat-cepat masuk amik makanan dan balik ke bilk mesyuarat unuk menghidangkan nasi kepada tetamu VIP. Syukriah tuang air tumpah-tumpah aku tunag elok jer.. haha.. pastu kita melantak nasi goreng die tu banyak-banyak.. penuh perut malam tu.. dan tak lupa jugak kita kena tumbuk oleh anak cikgu Faridah yang gemok tu.. Alisya tak kenalah sebab lari.. haha.. untunglarh.. Pastu kita basuh pinggan sama-sama sambil borak-borak pastu tetibe da katak lompat pulak dalam longkang tu. hadush.. haha...
Banyak lagilah kenangan kita bersama.. yang tak rapat pon banyak jugak kenangannya.. banyak sangat cuma aku malas nak taip je.. biarlah aku simpan dalam hati ni.. haha..
Kau nampak tak segala susah senang kita lalui bersama.. Gaduh3 tu cabaran hidup.. biasalah tu.. selalu gak kita gaduh.. haha.. biasalah.. kau ada masalah aku tolong, die tolong.. hoho.. kami tolong..
Ingat tahun depan! kita nak amik PMR ! Kita ni bacth terakhir! Kita kena buat yang terbaik.. buktikan pada cikgu yang senakal-nakal kita pon kita mampu buat okeyh! BACTH 98 boleh!!
Kawan-kawan aku rindu korang.. dan tak tahu kenapa aku rindu Daniel.. omg! hoho.. takde pape tu..