Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Selepas penat berblogwalking dan telah menyertai satu dua GA hari ni jadi dengan rasminya saya mengatakan yang saya sudah penat berjalan dari satu blog ke satu blog yang lain. Jadi dengan itu saya ingin menulis satu entry untuk hari ini. Cewahh.. gempak tak ayat aku? Haha... sajer gurau. Jangan korang kata aku ni bajetlak. Tak tahu tulis tak payah tulis. Ewahh! sedap kau je nak kutuk aku dan sedap je aku nak kutuk kau kan? Baik masing-masing masukkan kaki dalam mulut sebagai denda. Eii... mesti Mawaddah pernah buat ni kan?? gelilah. Geli tak geli buat gak.. Haha.. Jom berbalik pada tajuk..
Aku tak suka pergi kenduri kahwin.. Paling tak suka.. Tak pernah suka dan tak akan suka maybe untuk selamanya. Haha *evillaugh*
Tadi gi kenduri kahwin, terpaksa pergi sebab kenduri tu dianjurkan oleh pengasuh aku dulu. Dia jaga aku waktu aku kecik-kecik dulu. Dia baik. Nama dia Mak Idah. Tapi bukan dia yang kahwin sebab die dah tua. Yang kahwin ni anak die. Yang no berapa pun aku tak tahu. Aku pun tak kenal die. Tapi die kenal aku. Time aku masuk bilik pengantin tu nak salam die kan.. Tapi sebelum tu nak cakap Kak Ngah depan aku. So, die salam dululah si Angah. *tak tahu nama die aku cuma dengar umi panggil macam tu je*
" Ini anak Kak Midah ye?" means anak Mak Longlah tu sebab die tengah cakap dengan Kak Ngah. Kak Ngah angguk dan senyum tayang gigi.
"A'ah. Farah. Takkan tak kenal? Dulu duduk sini tau." betapa peramahnya Kak Ngah ni. Kau tengoklah aku nanti.
"Ye ke? Sorrylah tak ingat. Dah besar dah sekarang ni. Lama tak jumpa so, dah lupa sikit. Tapi mukanya ingatlah."
Tiba giliran aku pulak salam. Dup Dap Dup Dap. Gedik kau Mawaddah!
"Eh, ini Mawaddah kan? Dah besar dah budak ni. Tingginya kalah acik" Ya Allah, mati kelemasan aku kena peluk oleh badan besar acik Angah ni ha! Kedut baju sekolah aku! *baju sekolah?*
Umi, Mak Long, Kak Ngah dengan sape lagi perempuan dalam tu tak kenal semua gelak.. Jahat!
"Kenal lagi tak acik ni?" Aku sengih je.
"Tak ingat sangatlah" sentap acik tu dengar. eloklah aku cakap tak ingat sangat daripada aku cakap tak ingat langsung kan? Tapi seriously aku memang tak ingat kat die even mak aku cakap dielah yang basuhkan berak aku dulu. Untuk umi, time tu saya baby. So otak saya masih belum berfungsi sepenuhnya ok!
"Tak ingat? Takpelah. Dah hampir 10 tahun kan tak jumpa. Sebab tu lupa kowt." amik kau 10 tahun tu. Bapak lama.
Pastu keluar dan amik makanan. Cari tempat nak duduk punyalah susahnya. Ada empat khemah je tapi tuan rumah jemput 3000 tetamu. Huishh~ tempahlah 10 khemah baru ok! 4 khemah tu campur laki pompuan tau. Haduihh! Yang makcik pakcik dah habis makan tu pulak senang lenang duk situ. Tak nampak ke aku tengah tunggu korang bangun ni? Boleh lagi nak bermakeup kat situ. Gi masuk dalamlah kak. Sekali lama sangat aku tunggu akak tu. Aku cakap kat die.
"Lama lagi ke makeup kak? Orang nak makan ni." Akak tu dah pandang slerk kat aku. Dia tak jawab soalan aku pastu die terus blah. Biadap punya kakak! Die ajak sekali anak-anak die tu. So, cukuplah kerusi kosong untuk lima orang. Aku usha kakak tu jalan. Muka die cam marah sebab waktu aku cakap ngun die tu orang yang hampir kat situ pandang! Hamik kau! Make up lagi tebal-tebal. Maybe akak tu malu. Jalan pun tak tentu arah sekali gedebuk! Jatuh! Haha. Dahlah pakai high heels 10 inci pastu jalan nak laju-laju. Kau tak tahu ke kau tengah jalan atas batu. Bukan batu tar tau. Mesti sakitkan kak jatuh atas batu! haha! Padan muka!
Pastu dah habis makan semua tu. Gi cari Mak Idah nak salam pastu balik. Waktu salam Mak Idah tu ada sekali Along anak Mak Idah. Umur die sebaya mak aku tu. Aku ingat lah die ni sebab die dulu kalau sikat rambuta ku tak pernahnya sopan-sopan. Mesti nak marah-marah. Mesti nak tarik rambut aku. Macam nak dera aku je. Nasib baik dulu aku tak tahu no polis tau. Kalau tak dah lama die duk lokap. Berdendam sampai sekarang ni.
Waktu aku salam die, die pun kenal aku gak. Peluk aku lagi kuat daripada Angah tadi. Masyallah! Nasib baik aku pakai tudung. Kalau tak mesti die nak tarik rambut aku tu. Muslihat die tu aku tahu! Mak Idah pon sebenarnya nak peluk aku tu tapi lepas salam die terus aku tarik tangan aku dan berikan die senyuman yang menawan pastu aku lari. Jahat tak aku! Semua terkejut jumpa aku. Ayat biasa!
"Ini Mawaddah ke? Dah besar dah! Tinggi betul ni hah!" pastu pandang kaki aku nak tengok aku pakai high heels ke tak. Apalah!
Pastu kan kau tahu jelah. Macam mak koranglah kan. Atau bapak korang ke. Kalau dah jumpa prang yang dah lama tak jumpa mesti sembang sampai 10 jam kan? Memang lamalah kan aku nak tunggu diorang ni.
Sebabtulah kalau diorang nak gi rumah kawan diorang aku tak ikut sebab aku malas. Aku tak tahu nak buat apa kat situ. Takkan aku nak menyampuk apa orang tua cakapkan. Kalau open house tu kadang-kadang parents aku paksa aku ikut sebabnya dalam sehari mesti dapat banyak invite open house. So, umi tak masak dah bila balik. Lapas gak goreng nugget je. Asal tetiba masuk open hpuse ni?
Klah. Dah takde idea nak buat dan ada satu bende nak buat ni. Bubye! « Older Newer »