Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
'SAMSML Cemerlang, Gemilang, Terbilang menjelang tahun 2013'
Itu adalah misi Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. Sekolah yang menjadi tempat saya menimba ilmu dalam masa hampir tiga tahun ini. 2013! Bila tahun 2013 tu? Tahun ni lah! Ha? tahun ni? cepatnya masa berlalu. Rasanya time form 1 dulu, duduk dekat kelas 1 Tabligh boleh nampak dari tingkap kelas misi sekolah yang ditulis di dinding Makmal sains. Sekarang dah takde dah. Dah di cat dah dinding makmal sains tu. Waktu form 1 tu jugaklah bila pertama kalinya Ustaz Yaziz masuk kelas dan ustaz suruh kami hafal misi dan visi sekolah. Waktu tu baru sedar. Tahun 2013 tu tahun kami menduduki PMR. Jadi adakah misi sekolah itu bergantung sepenuhnya kepada kami? Haha pelik-pelik je fikir sampai macam tu sekali. Semua warga sekolah terlibat dalam melaksanakan misi sekolah tu. Tak ada yang terkecuali. Termasuklah acik cleaner yang setiap hari tolong bersihkan sekolah kami. Terima Kasih Mak cik. haha.
Exco-exco asrama juga membantu dalam misi menjayakan misi sekolah ni. Rasa macam sedih pun ada jugak bila kami budak asrama tak nak bantu mereka capai misi sekolah. Macam-macam mereka buat. Tapi kami buat sambil lewa je. Ramai yang tak menyedar betapa peningnya misi sekolah ini. Cakap orang aku pun sama jugak sebenarnya. Dulu mana aku kisah sangat pasal misi ni. Nak capai misi sekolah tahun ni? Capai jelah. Tak susah.
Tapi sejak akhir-akhir ni aku asyik fikir pasal PMR, pasal Misi Sekolah. Sejak tu baru aku sedar. Aku pun terlibat sama jugak untuk capai misi ni. Cuba bayangkan kalau disebabkan aku sorang. misi sekolah itu tak dapat dicapai sepenuhnya. Bagi korang itu mustahil. Takkan sebab aku sorang je. Tapi ingat. Allah itu ada. Tak ada yang mustahil. Kalau Allah kata boleh, so bolehlah jadinya. Kalau Allah kata tak boleh, tak bolehlah jadinya. Kalau terjadinya perkara macam tu, malulah rasanya. Malu teramat. Ramai hati yang akan kecewa. Cikgu-cikgu lagi kecewa. Sebab misi sekolah tak tercapai. Punah harapan guru-guru.
Tapi waktu tu ada pelajar kisah? Ada yang kisah. Tapi majoritinya ramai yang tak akan kisah. Right? Kejayaan calon PMR 2012 yang telah menempatkan SAMSMEL no 2 dalam daerah. Bagi cikgu ini adalah satu harapan yang cerah untuk melihat SAMSMEL cemerlang, gemilang, terbilang pada tahun 2013.
Memang tak patutlah kalau kami bacth 98 menghancurkan harapan cikgu Siapa yang cakap kami yang akan menghancurkan harapan cikgu tu? Tolonglah, tahun ni kami baik. Haha. Baiklah sangat~
Nampak seperti saya kebuntuan idea untuk mereka ayat yang cool. Sampai di sini saja coretan saya pada hari ini. Bye~
Dengan ini saya mengatakan bahawa saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai misi sekolah.